;

11 September 2009

Wadi Unung...


WADI UNUNG - Tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, disini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yangt erluah antara dua gadis ini, Azrin dan Fathihah. Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini juga lah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.

Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.

Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.

Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat, e-mail , gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.

Pada suatu ketika Fathihah menyatakan bahawa dia akan bernikah dengan Karl Vincent, pemuda bukan Islam yang dicintainya. Keputusan Fathihah ini ditentang keras oleh kedua ibu bapanya. Mereka mahu Fathihah mencari pasangan hidup dari latar belakang agama dan budaya yang sama...

0 Comments:

Post a Comment