;

12 Ogos 2009

Hati Tidak Tenteram...


MENGAPAKAH HATI TIDAK TENTERAM???

1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.

2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi.

3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.

5) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.

6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.

7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.

9) Tidak Sabar

Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.

4 Comments:

  1. anak laut said...
    salam..puan,

    entri yang sangat berguna kepada saya ni..:))

    penenang hati: Masa terluang perlu diisi dengan amal ibadat supaya kekuatan iman bertambah.

    takutlaj dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.

    anaklaut-
    Bila Hati Berbicara said...
    Salam Anaklaut...
    Terima kasih luangkan masa bace entri ni...
    Memang betol, manusia selalu alpa dengan keselesaan & kemewahan hidup...
    Oleh itu, selalulah kite mengingatiNYA & beramal soleh ke jalan yg diredhai...
    Semoga kite dijauhkan dari segala keindahan dunia yg menyesatkan...
    Precious said...
    Uh uhhh ... haku kah itu? Semoga Allah melindungi kita semua drp segala yang mencemarkan dan mendekatkan kita kepada segala yang mulia. Amin!!
    anak laut said...
    salam..puan,

    tq puan.

Post a Comment