Kanak-kanak lasak, sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa. Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan. Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.
Di bawah ini, disenaraikan beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa sebagai panduan...
* Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
* Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda labelkan.
* Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.
* Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.
* Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.
* Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
* Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif, agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
entri yg sangat menarik. kat sekolah saya, ada 1 pelajar yg hiperaktif ni, gejala hiperaktif atau lebih tepat istilah ADHD (Attention Deficit/Hyperactivity disorder),memang ada..kadang-kadang menuntut kesabaran yang tinggi.
tak leh dok diam, puas marah pun tak jadi jugak.tapi bila saya mengajar sambil main gitar sebagai set induksi- nampaklah perkembangan positif,..rupa2nya peajar tu minat dengan muzik.so, kalau nak dengar muzik, perlu ikut arahan guru..alhamdulilah..kini dengar kata..
tips2 ni sangat bagus untuk saya...tq cikgu.
p/s: ptk.tadi-moga lulus dapat 4, 4-
Alhamdulillah syukur pelajar tu dah ada perubahan yg positif...
Kita sebagai guru ni bukan setakat mengajar tapi kene membimbing, mendidik & menyelami hati perasaan anak2 murid kita skali...
Kita perlu kreatif untuk menarik minat mereka belajar & tak merasa bosan setiap kali kita masuk ke kelas...
Rajin AL melayan mereka dengan muzik semua tu...
Menarik... Tahniah!