;

24 Ogos 2009

Kebaikan Sedekah...


Sedekah mengandungi 10 kebaikan :

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki

Kebaikan di Akhirat


1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga

Barangsiapa yang menolak lima pekara,
maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu :


1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak
dari kalimah
syahadah ketika matinya

6 Comments:

  1. nz said...
    Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
    [Al-Baqarah: 271]

    salam ramadhan :-)
    anak laut said...
    salam...singgah,

    Di dalam al-Quran ada dinyatakan keterangan mengenai orang yang bersedekah, iaitu berdasarkan firman Allah s.w.t yang

    bermaksud : “Jika kamu lahirkan sedekah maka itulah yang sebaik-baiknya dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang fakir maka ianya kebaikan bagi kamu dan ianya boleh menkifaratkan kejahatanmu. Sebenarnya Allah Maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan”. (al-Baqarah: 271)

    Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa segala perbelanjaan, sedikit atau banyak, yang jelas atau tersembunyi, semuanya tidak hilang daripada pengetahuan Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Apa-apa yang kamu kerjakan daripada kebaikan itu maka Allah Maha mengetahui dengan segala-galanya.” (Al-Baqarah: 197)

    anaklaut-
    Idalara said...
    salam mazura
    thanks singgah kat kak idalara..
    bila kita sentiasa memandang ke bawah,,pd org2 yg lebih susah dr kita buat ht kita insaf dan berkata apa salahnya kita bersedekah walaupun kita bukanlah mewah..lebih2 lg di bulan mulia ini..
    Bila Hati Berbicara said...
    Salam Inas, Anaklaut & Idalara...
    Terima kasih sudi singgah Bila Hati Berbicara...
    Sama2 la kite terus ingat-mengingati...
    InsyaAllah, ada ganjarannye nanti...
    anak laut said...
    salam..

    saya berkunjung lagi ke blog puan..dengan doa agr puan sekeluarga dirahmati allah swt selalu..amin..
    Bila Hati Berbicara said...
    Salam Anaklaut...
    Terima kasih atas kunjungan...
    Akak baru je selesai PTK...
    Huh... Leganye...

Post a Comment