;

31 Julai 2009

Aku Wanita...

Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
tapi hanya Allah sahaja yang tahu di dalamnya...
Begitulah juga dengan kehidupan manusia... Riang, ketawa, gembira,
tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya...
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai...
Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit...
Maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...


Garangnye Rupa Die...

Kuikuikui... Ni la die saki baki Askar Jepun yg terlepas ke zaman Millenium nih... Bermisai, berjanggut, mata merah (tp tak nmpk la sb pakai spek hitam)... Eeee, seram!!

Hmm, kalo nak tau ni la salah sorg dr pesakit mata yg blom baik lg tapi dah berjalan2 kt shopping kompleks di waktu petang... Siap tengok wayang lagi tu... Ish, tak sedo diri btol kn... Die ngn sape le tu agaknye ek??? Hah, ntah la Dik Nonnn...

Aku buat catatan ni sebagai penutup bulan Julai 2009... Selamat tinggal duhai purnama yg penuh dugaan, ujian dan cabaran hidup buat kami sekeluarga... Sayonara...!

29 Julai 2009

Cuti Panjang...

Dah seminggu aku bercuti sb sakit mata... Arini keadaannye masih bengkak & merah... Ingatkan kalo tengok pemandangan yg indah2 & mendamaikan hati bole cepat baik tapi rupenye tak seperti yg aku harapkan... Ye la... Kite hanye merancang, Allah juge merancang... Dan sebaik2 perancang itu adalah DIA yg Maha Kuasa...

Ada byk bende yg aku tgh pikir skrg ni... Family, keje, anak2, students, diri sendiri... Mcm2 urusan yg blom selesai... Tak tau le mane yg patut didulukan... Haiii... Penin2... Apepon, hidup mesti diteruskan!

2 ari lepas aku tanda kertas ujian budak2 Sains & Bio... Hmm... Keputusannye??? Hah... Aku tak kire lg % nye brape... Hehe... Tapi masih ada lg yg fail... Dorg ni pon entah study entahkan tidak... Nak plak cikgu die yg sorg ni dah bercuti panjang... Adeeiii... Risau... Risau...

28 Julai 2009

Renungkanlah...


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji..."



"Bila kita kasihkan seseorang, lepaskan dia membuat pilihan dan keputusannya sendiri kerana di situ bukti tandanya kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan..."


"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya..."


"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi... Fikirkan kebencian, kita akan dibenci... Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi... Ini adalah lumrah alam... Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan..."


27 Julai 2009

Tolonggg...!!!

Haaa... Tangkap die...!!!

Jom kite tanam die ramai2...!!! Cepat2...!!

Ibuuuuu... Tolong Harrisssss...!!!

26 Julai 2009

Aksi Santai...

Cepat2!! Sape siap dulu nanti ayah belikan coklat ngn aiskrim!!

Adeiii, panasnye... Sori la bang, sunglass tak bole kongsi!!

Huh!! Dah penat ni kuak kupu2 tapi nape asek kat sini je! Aduh...

Eeee... Nape banyak sgt pasir kat badan ni... Tak suke, tak suke!!!

Kami la juara posing paling maut di tepi pantai ni... Hmm...

Keletahnye Dia...

...Pinjam jap ye ibu punye spek... Ehem...

...Sedapnye nugget ni! Mmm.. Yum yum!...

...Tepon la ayah cepat! Dah nak gerak ni... Tinggal kang!..

...Tak jd la nak g... Acah je! (Ek eh! Main2 lak die eaa)...

...Jangan la marah, nanti kene jual... Senyummmm...

Pantai Batu Layar...




18 Julai 2009

Kesian La Hai Die...

17 Julai 2009

Kisah Si Penjual Tempe...

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...



Moralnya...

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita...
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita...
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat...

15 Julai 2009

Indahnya...

Kemilauan cahaya di waktu senja...
Restoren seafood di tepi pantai Senibong...
Aku cuma makan nasi lemak berlauk je sebab ada orang kata kat sini best...
Bila dah makan, hmm... Rasenye sedap lagi kalau aku yang masak kot... Hehe...




Anak2 lincah ke sana sini berlari melihat ikan di dalam air...
Si abang tu punye la susah nak ambik gambo die, tak tau diam!

12 Julai 2009


Sampai je depan pintu masing2 tak henti2 bercite pasal pertandingan yang dorang masuk... Hepi je tengok anak2 dapat menunjukkan bakat masing2... Tapi masa ni aku ngan Harris kat rumah... Tak dapat tengok dorang menyanyi & bagi sokongan... Hazierah yang tengah pegang bendera tu masuk pertandingan menyanyi lagu patriotik, dapat nombor 2... Humairah dengan bunga pinknye masuk pertandingan menyanyi lagu kanak2, dapat nombor 1... Mukhriz ngan lukisannye tu plak masuk pertandingan mewarna tapi tak menang pon... Dapat la sijil penyertaan je... Hmm... Tahun ni tahun terakhir le kakak & adik dok kat tadika Al-Ummah 7, tahun depan dah darjah 1... Tapi masih transit kot, agaknye la... Dulu aku punye la risau budak berdua ni tak pandai mengeja tapi sekarang kakak & adik dah mula pandai membaca... Alhamdulillah... Semoga anak2 ibu menjadi insan yang cemerlang, berjasa & berguna di dunia & di akhirat... Amin...

10 Julai 2009

Kehilangan...

08 Julai 2009

Lost World Of Tambun...

Suratan @ Kebetulan...


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan...

At Puteri Harbour...


Suasana yang tenang...
Aku & abang makan2, borak2, jalan2 sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitar Puteri Harbour...
Siap posing lagi tu... Uhuk!





Wajah Pemimpin...

Kadet Bomba & Penyelamat 2009
(Belakang dari kiri : Humairah, Linda, Mohaizmi, Zulaika, Farhana)
(Depan dari kiri : Cik Asmahani, Pn Nik Norhasni, Pn Siti Faauziah, Pn Mazura)

Rumah Kuning 2009
(Belakang dari kiri : Hamimah, Amirah, Shafiq, Shahkila, Farahanum)
(Depan dari kiri : Afiqah, Cik Masturina, Pn Mazura, Haikal, Syazrina)

05 Julai 2009

My Beloved Students...

5 BESTARI 1
Belakang dari kiri : Azam, Fariz, Zarif, Hamirul, Osman
Tengah dari kiri : Safiah, Hidayu, Zubaidah, Shahkila, Linda, Masitah, Asmira, Hidayah, Maszira, Hairah
Depan dari kiri : Haikal, Farhana, Zairi, Cikgu Mazura, Nabihah, Shafiq, Amirah

04 Julai 2009

Kembara...



BestFreeDesign.Com border=

;;